Monday, 9 January 2012

Jika Hati Ibu Bapa Terguris..

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti. Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati antara satu sama lain. Ini bukan sahaja dapat menjamin kepentingan dalam setiap ahli dalam keluarga tersebut malah juga dapat membantu dalam memupuk lagi kasih sayang antara ahli keluarga yang telah terjalin.


Allah s.w.t berfirman dalam Surah An-Nisa’, ayat 1, bermaksud: “Dan takutlah kepada Allah yang minta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu.”


Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah. Ibu bapa juga adalah orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah. Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan atau ganjaran yang paling besar dari Allah sebagai orang yang harus dihormati kerana jasa yang mereka taburkan sejak kita dalam kandungan sehingga dewasa.


Malah, sehingga kita mati sekaki pun, jasa dan pertalian darah antara kita dan ibu bapa tidak akan pernah putus. Iman seseorang juga tidak akan sempurna sepenuhnya jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa kita.


Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara. Pernah diceritakan pada zaman nabi mengenai jasa seorang ibu membesarkan anaknya. Dimana kisah ini berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah dan terdapat seorang pemuda yang berasal dari Yaman memikul ibunya dan bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia kelihatan begitu keletihan. Pemuda tersebut berjumpa dengan Ibnu Umar dan bertanya kepada Ibnu Umar: “Apakah menurutmu aku telah membayar segala jasa ibuku atas apa yang telah ibuku lakukan untukku selama ini?”


Ibnu Umar menjawab: “Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”



Friday, 23 December 2011

Kisah Nabi Sulaiman dan Pemuda yang Berbakti Kepada Ibubapanya

Assalamualaikum..


Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud A.S. Sejak kecil lagi Nabi Sulaiman sudah pandai memberi pendapat yang adil dalam satu-satu hal. Setelah wafatnya Nabi Daud, Nabi Sulaiman membesarkan kerajaan di bawah pimpinannya. Pada suatu hari, Nabi Sulaiman mengadakan perjalanan bersama rombongannya yang terdiri daripada manusia dan jin. Tujuannya adalah untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Perjalanan mereka pun tiba di tepi laut, tiba-tiba Nabi Sulaiman terpandang suatu benda yang menakjubkan di dalam laut. Dia memerintahkan pada jin Ifrit, “Wahai Ifrit, cuba kamu lihat ke dalam laut, ada suatu benda yang menakjubkan aku, oleh itu kamu bawakan ia kemari”. Jin Ifrit yang sememangnya gagah tak banyak bercakap kerana takut akan murka Nabi Sulaiman dan terus menyelam ke dasar laut, namun dia tidak berjumpa apa-apa.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh jin yang lain menyelam untuk mendapatkan benda terbabit, namun malangnya jin tersebut pun gagal berbuat demikian. Akhirnya Nabi Sulaiman pun berkata kepada Ashif bin Barkhiya, yakni oraang yang mendapat ilmu terus dari Allah, “Sekarang aku perintahkan kepadamu agar pergi ke laut dan dapatkan benda ajaib yang aku maksudkan”. Ashif bin Barkhiya pun menyelam dan terlihat suatu benda yang menyerupai kubah yang diperbuat dari kapur putih.

Dengan kekuatan yang luar biasa, Ashif bin Barkhiya membawa naik kubah ajaib tersebut dari dasar laut dan mempersembahkan kepada Nabi Sulaiman. Apabila Nabi Sulaiman melihat kubah itu dan berkata, “Wah, alangkah indahnya benda ini, tapi mengapakah aku tidak dapat melihat isi kandungan dalam benda ini padahal Allah telah memberikan mukjizat yang mana penglihatanku dapat menembusi segala sesuatu”.

Nabi Sulaiman pun berdoa kepada Allah supaya dia dapat melihat isi di dalam kubah berkenaan dan Allah memperkenankan doanya. Sejurus selepas berdoa, maka terbukalah kubah tersebut dan Nabi Sulaiman melihat ada seorang pemuda yang sedang sujud dan bertasbih memuji Allah. Nabi Sulaiman lalu berkata, “Maha suci Allah lagi Maha Besar”. Mendengar seruan Nabi Sulaiman, maka pemuda itu pun bangun dari sujud lalu memberi salam.

Nabi Sulaiman menjawab salam dan memulakan pertanyaan, “Siapakah kamu wahai pemuda! Adakah kamu malaikat, jin atau pu manusia?” Jawab pemuda itu, “Aku hanyalah seorang manusia biasa”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Apakah yang membuat kamu memperolehi kemuliaan sedemikian rupa? Apakah amal yang pernah engkau kamu lakukan sehingga Allah menurunkan rahmat dan berkah yang tidak ternilai ini kepada kamu?” Pemuda itu berkata, “Saya berbakti kepada kedua ayah dan ibuku”.

Nabi Sulaiman bertanya lagi, “Bagaimanakah kamu berbakti kepada orang tuamu?” Jawab pemuda itu, “Saya memelihara mereka berdua sehingga mereka lanjut usia. Kedua ayah dan ibuku adalah orang yang soleh, mereka sangat takut dan taat kepada Allah. Sejak saya kecil hingga dewasa, mereka memelihara saya dengan baik sekali, mereka juga selalu mendoakan saya agar saya menjadi seorang yang soleh. Bapa saya meninggal dunia dalam usia lanjut dalam pemeliharaan saya dan yang tinggal hanya ibu saya yang sudah tua, lemah dan sakit serta matanya buta dan kakinya lumpuh”.

Sambung pemuda itu lagi, “Saya satu-satunya orang yang merawat dan menguruskan keperluannya. Saya selalu mengangkatnya untuk mandi dan saya memandikannya. Segala urusan makan dan minum saya uruskan dan saylah yang menyuap makanan padanya. Ibu saya selalu mendoakan supaya saya dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidup serta memberikan saya setelah wafatnya sebuah tempat yang bukan di dunia atau pun di langit. Setelah ibu saya wafat, saya berjalan-jalan di tepi laut dan saya lihat ada suatu kubah dari mutiara. Saya mendekati kubat tersebut dan pintu kubah terbuka. Apabila saya masuk ke dalam, pintu kubah ini tertutup, maka tidaklah saya ketahui sama ada saya berada di bumi atau langit”.

Nabi Sulaiman bertanya, “Kamu hidup di zaman mana?” Pemuda itu menjawab, “Saya hidup di zaman Nabi Ibrahim A.S”. Nabi Sulaiman mengirakan umur pemuda tersebut dan dalam kiraannya umur pemuda itu telah mencapai 14,000 tahun, tetapi tiada satu uban pun pada rambutnya. Nabi Sulaiman lalu bertanya, “Apakah tuan merasakan nikmat Allah? Bagaimana Allah memberikan rezeki padamu dalam kubah ini?” Pemuda itu berkata, “Setelah saya berada di dalam kubah ini, maka tahulah saya bahawa Allah telah menciptakan syurga khusus buat saya”.

Nabi Sulaiman teringin sangat melihat syurga yang pemuda itu katakan. Kemudian pemuda itu pun berdoa kepada Allah lalu susana di dalam kubah yang gelap tiba-tiba bertukar menjadi terang-benderang. Terkejut Nabi Sulaiman sambil berkata, “Maha suci Allah seru sekian alam”. Satu pemandangan yang tak ada di dunia ini terpampang di hadapan Nabi Sulaiman dan rombongannya di mana terdapat pokok-pokok, kebun yang indah, kolam air susu dan madu serta suara-suara yang merdu di dalamnya.

Pemuda itu berkata, “Jika saya lapar, saya makan bermacam-macam buah-buahan yang pelbagai macam cita rasa, semua makanan yang saya ingin akan tersedia dan kalau saya haus, akan tersedia pula bermacam-macam jenis minuman yang paling lazat”. Nabi Sulaiman bertanya lagi, “bagaimana kamu dapat mengetahui siang atau malam?” Jawab pemuda itu, “Apabila terbit fajar maka kubah ini akan menjadi putih dan apabila matahi terbenam kubah ini akan menjadi gelap”. Kata pemuda itu lagi, “Cukuplah, sebab saat ini saya harus mengadap kembali pada Allah untuk solat dan zikir, bertasbih dan mengsucikan serta memuji kebesaranNya”.

Nabi Sulaiman dan rombongannya segera keluar dari kubah tersebut  dan pemuda itu berdoa kepada Allah, lalu tertutuplah kembali kubah itu. Nabi Sulaiman termenung sejenak memikirkan peristiwa yang dilihatnya sebentar tadi dan mengarahkan Ashif bin Barkhiya untuk membawa kubah tersebut kembali ke dalam laut di tempat asalnya. Setelah itu Nabi Sulaiman berkata kepada rombongannya, “Untuk pertama kali aku menjumpai tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah, aku bersyukur kepada Allah dan semoga bertambah iman dalam sanubariku. Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan apa pun di dunia ini melainkan dengan kehendak Allah S.W.T”.

Sumber: Himpunan kisah-kisah teladan





Thursday, 22 December 2011

Puisi Buat Mak


hargailah ibu mu..doakanlah kesejahteraannya..

Buatmu Ibu..

Indahnya

Tanggungjawab Anak Kepada Ibu Bapa



Firman Allah S.W.T. kepada Nabi Allah Musa A.S. : 
"Hai Musa! Sesungguhnya barangsiapa berbuat
kebajikan kepada ibubapanya tetapi mendurhakai Aku, nescaya akan Aku tuliskan dia adalah orang yang berbuat baik. Dan, barangsiapa yang berbuat kebajikan kepada Aku tetapi mendurhakai ibubapanya, nescaya akan Aku tuliskan dia adalah orang yang berbuat durhaka"Jangan sesekali kita menderhakai walaupun salah satu dari kedua orang tua kita. Jangan sesekali kita menderhakai mereka walaupun dengan satu bunyi dengusan di hidung kerana perasaan tidak puas hati terhadap mereka.

Dan, janganlah kita sesekali menderhakai mereka walaupun mereka berbuat zalim. Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasurullah S.A.W. : "Barangsiapa pagi-pagi lagi membuat kesenangan kepada kedua ibubapanya, nescaya terbuka dua pintu syurga untuknya. Dan, barangsiapa mengikutinya nescaya beroleh sepertinya juga. Jikalau hanya seorang sahaja di antara mereka yang menyenangi, maka dia beroleh satu pintu sahaja. Dan barangsiapa pagi-pagi lagi membuat kemarahan kedua ibubapanya, nescaya terbuka dua pintu neraka untuknya. Jikalau hanya seorang sahaja di antara mereka yang marah, maka dia beroleh satu pintu sahaja.

Menderhakai ibu adalah satu-satunya perbuatan yang amat dimurkai Allah S.W.T. Renungilah firman
Allah S.W.T. sepertimana yang telah dituliskan di atas. Oleh itu sementara ibu kita masih hidup dan bersama kita, maka adalah wajib kita memenuhi tanggungjawab kita sebagai anak, iaitu dengan
berterusan membuat kebajikan terhadap mereka. Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasulullah S.A.W. :

"Berbuat kebajikan kepada kedua ibubapa adalah lebih utama dari bersolat, bersedekah, berpuasa, menunaikan umrah, menunaikan haji dan berjihad fisabilillah".

Sekiranya mereka tinggal berasingan dari kita, maka ziarahilah mereka seberapa kerap yang mungkin. Jika mereka tinggal berseorangan maka bawalah mereka tinggal bersama. Ingatlah bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. telah menjadikan kita tetapi merekalah orang-orang yang telah sepenuhnya bertanggungjawab memberikan kehidupan kepada kita. Walaupun mengambil mereka tinggal bersama berkemungkinan akan menimbulkan rasa kurang senang di hati sesetengah pasangan kita namun sedarlah bahawa hubungan ibu dan anak atau bapa dan anak dengan hubungan kita dan  pasangan kita tidak akan sesekali sama. Justeru mengambil berat kebajikan ibubapa adalah keutamaan yang hakiki.

Lihatlah apa yang boleh anda lakukan untuk mereka. Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan umpamanya memberikan wang saku yang mencukupi untuk mereka,membelikan stok makanan untuk mereka seperti beras, susu, gula, sayur, ikan, daging dan sebagainya, menyediakan mereka pakaian yang lebih baik, membantu menjelaskan bil-bil air, letrik dan telefon mereka, membantu menjelaskan bil-bil cukai seperti cukai tanah, membantu menjelaskan ansuran kenderaan mereka, wang mengisi minyak perjalanan, membantu menjelaskan hutang-piutang mereka, membersihkan, menghias dan mencantikkan halaman luar dan dalam rumah mereka, menjaga dan memelihara harta mereka seperti sawah bendang, kebun dan ladang. Sesungguhnya kesemua ini mungkin berat untuk dilaksanakan namun kesedaran kita bahawa betapa beratnya tanggungjawab yang telah semasa masih dalam kandungan di hari sangkala pertama ditiupkan kelak.

Hubungan ibubapa, anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit sehinggalah yang terakhir tidak akan sesekali putus dunia dan akhirat. Janganlah kita berbalah dalam apa jua perkara pun dengan kedua orang tua  khususnya ibu kita. Sekiranya ada kesilapan maka berbincanglah dengan aman dan bentuklah keyakinan untuk mencari kesefahaman bersama. Sekiranya masih tiada persefahaman maka, senyapkanlah perkara itu dari diperbincangkan untuk mengelakkan perbalahan. Sekiranya perkara tersebut masih perlu diperbincangkan, jemputlah mana-mana anggota keluarga yang cukup kuat yang
boleh meyakinkan mereka akan cadangan anda. Sesungguhnya betapa adanya sesetengah dari kita yang agak besar kepala dan menafikan ibunya kerana sedikit atau sebanyak perselisihan faham, kelak nama ibu itulah yang akan dibin dan dibintikan kepadanya sewaktu jasad ditalkinkan dan nama kita berbin dan berbinti ibu itulah yang akan kekal buat selama-lamanya.

Bagi yang tinggal berdekatan dengan ibubapa mereka, pulanglah ziarahi mereka. Bagi yang tinggal agak berjauhan, cuba-cubalah cari jalan untuk pulang menziarahi mereka. Bagi yang terlalu jauh pula, sekiranya pulang adalah sesuatu yang tidak selalu boleh dilakukan, maka ringan-ringankanlah hati itu mengirimkan sekeping kad ucapan Selamat Hari Ibu buat mereka. Isilah kesunyian hati mereka dengan ingatan kita sebagai anak-anak yang solehah. Jadikanlah hari istimewa ini sebagai salah satu kebiasaan hidup kita. Mengucapkan kata-kata indah kepada ibu-ibu tercinta. Kita bukan sahaja boleh mengucapkannya kepada ibu-ibu kita bahkan juga boleh mengucapkannya kepada mana-mana wanita yang pernah dan sedang mempunyai anak, contohnya kepada isteri atau isteri-isteri kita sendiri, ibu-ibu saudara kita, ibu mertua kita, ibu-ibu di sebelah mertua kita, ibu tiri kita, ibu tumpang kita, ibu susu kita, ibu angkat kita, rakan-rakan wanita sepejabat kita yang telah menjadi ibu bahkan kepada mana-mana wanita yang bakal menjadi ibu serta mana-mana wanita yang menjadi ibu kepada  anak-anak angkat.

Sabda Junjungan Nabi Besar Muhammad Rasurullah S.A.W. : "Kembalilah kepada kedua ibubapamu, mintalah izin daripada keduanya. Sekiranya keduanya memberikan persetujuan, maka berjihadlah menyempurnakannya dan sekiranya tidak, maka berbuatlah kebajikan kepada keduanya mengikut kesanggupanmu. Sesungguhnya itulah yang sebaik-baiknya untuk kamu bertemu dengan Allah S.W.T.  sesudah Tauhid"

Pintu Rezeki

Assalamualaikum..

Rassulullah SAW pernah bersabda :

"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)" Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…



Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.



Kesimpulannya:
  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris…Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)


InsyaAllah,

Berusaha dan bertawakal...

Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya...tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita...
Mari kita Cuba...

Bila-bila masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Sebagai contoh...

"YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa-dosa kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin..." 

"YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa-dosa orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang-orang yang beriman."

Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah...